
Sekeping gambar lama, mungkin sekitar tahun 1992 di Sheffield, U.K. Ia dihantar oleh seorang kawan pada hari ini (16 Januari 2021).
Saya tak teringat apa occasion dan locationnya. Mereka yang berdiri di belakang adalah Prof Dr Md. Jan Nordin (UKM), Dr. Abdulrahman Bidin (ex UPM), saya sendiri iaitu Wan Ibrisam Fikry Wan Ismail (ex USM), Hj. Ahmadon Bakri (UTM), PM Dr. M Wijayanuddin Ali (UTM), Abdul Halim Ghazali (UPM), Prof Dr M Fauzi Abd Rani (UiTM).
Sebelum ke UiTM, Prof Fauzi pernah berkhidmat dengan UIAM di Bandar Indera Mahkota sebagai Dekan Kulliyyah of Medicine. Aku tahu kerana aku pernah menghubungi beliau untuk membawa balik Kak Long yang mengambil medicine dari Cairo University. Masa itu pergolakan di Timur Tengah begitu kuat berlaku.
Kawan Kak Long ada yang balik dan memasuki program Medic UPM di tahun kedua. Kak Long pada masa itu sudah di tahun kelima dan hanya tinggal setahun aje lagi. Kalau Kak Long pulang dan masuk tahun kedua, bayangkan betapa lamanya Kak Long kena belajar. Aku menasihatkan Kak Long supaya meneruskan sahaja pembelajarannya. Peperangan yang berlaku di Mesir pada masa itu diantara regim Mesir dengan anggota Ikhwan Muslimin dibiarkan sahaja dan kami bertawakkal kepada Allah.
Lama juga aku tidak berhubungan dengan yang lain-lain kecuali yang berada di UTM. Dr. Abdul Rahman Midin sebelum ini, semasa di Muslim Welfare House of Sheffield (MWHS), aku pernah membeli komputer notebooknya. Akupun dah lupa berapa ratus Pound Stirling aku membayar untuk itu. Dr. Abdul Rahman Bidin telah meletakkan jawatannya sebagai pensyarah di UPM sebaik sahaja beliau pulang dari PhD.
Aku pula terpaksa berhijrah ke UTM kerana pada masa itu USM telah mempraktikkan polisi dimana sesiapa yang pergi membuat PhD tetapi jika gagal, USM akan melepaskan dia dan tidak diiktiraf sebagai staf.
Akhirnya aku mendoakan semoga rakan-rakan semua dirahmati Allah SWT dan bahagia dunia akhirat serta diberikan syurgaNya nanti…InsyaAllah.