Mengeteh Bersama AJK Surau P 11

Acara yang digemari oleh Pengerusi Surau Perjiranan 11 ialah mengeteh. Sekurang-kurangnya sekali seminggu kita keluar minum bersama AJK.

Menyampaikan Cenderahati kepada YB Hj Mazlan.

Program seumpama ini akan merapatkan hubungan ukhuwwah sesama kita. Masa kerja kita kerja, after all this is a voluntary work. Mengharapkan solely rewards from Allah SWT.

Masa ngeteh inilah kita bertepuk tampar, bergurau senda, kutuk mengutuk tapi masih within syara’. Kalau straight aje, dia akan menjadi dull and boring.

Pagi semalam selepas solat Subuh (Jumaat, 19 Februari), kita keluar dengan 3 buah kereta ke Restoren Kauzar, seramai 10 orang. Breakfast for 10 people still below RM50, kira oklah tu…

Kita sesama kita, duit tak berkira. Always take turn to pay for breakfast. Hari ini orang ni bayar, esok orang lain pula bayar dan seterusnya. Semua memahami maksud hadis bahawa Allah SWT menyukai kita memberi orang makan…Seronok rasa di hati apabila kita boleh bekerja bersama.

Kalau nak diikutkan, masing-masing ada kekuatan masing-masing. Of course masing-masing juga ada kekurangan masing-masing. Tetapi kita tak tekankan kelemahan sebaliknya kita naikkan kelebihan yang dipunyai oleh setiap individu.

Surau ini juga perlu dijaga berasaskan nilai sejagat komuniti…kepentingan bersama. Pada saya, semua orang Islam Perjiranan 11 ada hak ke atas surau dan mereka wajar untuk turut sama menyumbang.

Yang ada wang, berikan sumbangan wang. Yang mampu menyumbang tenaga, berikan sumbangan tenaga anda. Yang mampu memberi idea, silakan memberi sumbangan idea positif. Dan yang hanya mampu berdoa, teruskan berdoa supaya surau kita akan terus dirahmati dan dijagai Allah SWT.

Sesiapa yang ingin menerajui suraupun boleh, tunggu aje tamat tempoh AJK sekarang menjelang 2022. Yang penting kita membawa surau ke arah kesepaduan ummah, memartabatkan dan mendaulatkan Islam ke peringkat tertinggi seperti yang disarankan oleh agama kita.

Buat masa ini, saya amat terharu dengan kehadiran jamaah untuk mengerjakan solat Isya dan solat Subuh. Pada saya apabila jamaah melebihi 40 orang bagi sebuah surau yang kecil adalah suatu pencapaian yang teramat baik sekali. Oleh itu, teruskan para jamaah sekalian. Kita lakukan ini kerana Allah SWT dan bukan kerana manusia…

UTM Open Day