Pagi tadi bersama isteri aku bergerak ke Sekolah Menengah Islam Hidayah untuk menuai madu kelulut. Bergerak jam 10 pagi dari rumah dan singgah di gerai menjual air kelapa di Kg. Maju Jaya.
Aku selalunya membeli air kelapa ais tanpa gula apabila balik dari menuai madu. Tetapi hari ini, terasa nak minum dulu sebelum menuai. Setelah air kelapa dan isinya siap berada dalam plastik, aku mencari wang RM4.50 untuk membayarnya seperti biasa.
Tak apa Encik, hari ini tak perlu bayar. Polisi kami, pelanggan kami yang pertama setiap hari tak perlu bayar. Macam-macam niat yang dibuat oleh penjual dengan harapan Allah SWT akan membantu melariskan penjualan barangan mereka.
Alhamdulillah rezeki…
Pukul 12.15, kami selesai menuai madu kelulut kepunyaan PIBG SMIH dengan mendapat hasil sebanyak 5 botol. Kami bergerak pulang.
Isteri memaklumkan untuk membeli cendawan goreng dan pisang goreng di gerai berhadapan dengan gerai air kelapa pagi tadi. Malangnya setiba kami di gerai tersebut, hanya ada karipap. Pisang dan cendawan belum digoreng.
Sampai di simpang dekat Taman Industri kelihatan sebuah kereta mempamerkan petai. Sebenarnya masa kami pergi lagi, dia membuka bootnya. Tapi kami singgah on the way balik.
Petai tak berapa elok sangat tapi saya beli jugalah kerana kesian padanya. Dia juga menjual anak udang galah RM3 seekor. Dia kata ambillah 10 ekor RM15.
Akupun belilah RM45. Kadang-kala kita beli itu bukan kerana harga bagus tetapi kerana perasaan kesian, tambah-tambah di musim Covid-19 sekarang.
Kita selesa makan apa saja…. Tetapi bagi sesetengah orang mereka berkorban sakan untuk mendapat makanan. Allahu…
