Pelajar Sarjana Pesisir Ipoh

Tahniah kepada pelajar-pelajar dibawah penyeliaan saya, Siti Sarina Mahayuddin dan Rusmiyati yang telah menghantar tesis Master mereka pada 25 Februari, 2021. Manakala Shahrul Azam dan Nurul Afizal telah mengambil tandatangan saya untuk tesis mereka pada hari ini (28 Februari, 2021).

Mereka telah tamat pengajian Sarjana dalam bidang Pentadbiran dan Pembangunan Tanah. Penat lelah mereka selama setahun setengah telah membuahkan hasil. Sekarang bolehlah cover balik valuable time yang dikorbankan untuk bersama suami dan anak-anak.

Suami dan anak-anak, saya rasa mungkin turut seronok dengan kejayaan isteri dan ibu mereka.

Ia juga boleh memberi dorongan atau perangsang buat pasangan masing-masing.

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT diatas kejayaan mereka. Mudah-mudahan bertambah lagi ilmu berkaitan tanah sediaada yang mereka miliki.

Saudara or rather Tuan Azam adalah Ketua Kelas bagi batch yang seramai 31 orang ini. Currently Shahrul Azam berkhidmat di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak setelah berkhidmat di beberapa buah Pejabat Tanah dan INSTUN di negeri Perak. Manakala Nurul Afizal berkhidmat di Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak, Teluk Intan.

Saya mengharapkan supaya mereka dapat merungkai masalah-masalah tanah yang ada di negeri Perak. Apapun buatlah yang terbaik demi menjaga kebajikan rakyat negara kita.

Saya pasti Siti Sarina, Shahrul Azam, Nurul Afizal dan Rusmiyati akan merasa lega dan sangat gembira dengan kejayaan ini. Saya mendoakan semoga anda semua akan lebih bersemangat untuk bekerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di masa akan datang. Berilah perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

Akhir sekali, saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada kekhilafan dan kekurangan di pihak kami sepanjang pengajaran dan penyeliaan kami.

All the best to you!

UTM Open Day