Masih bertalu-talu datang hadiah dari pelajar-pelajar Master Pesisir Ipoh… Walaupun saya bukan penyelia Projek Sarjana mereka tetapi ingatan mereka kepada saya sungguh cukup terharu.
Mereka ini ada yang berpangkat dan bergaji tinggi dari pensyarah tua ini. Tetapi mereka menghargai jasa kita.

Tn. Syamsul Hazeman Md. Salleh adalah YDP Majlis Perbandaran Manjung manakala Tn. Muhammad Amin Safie pula ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk. Tiada apa yang dapat saya katakan kecuali hanya berdoa ke hadrat Allah SWT semoga kehidupan mereka terus diberkati.
Rezeki harta, keluarga dan yang terpenting ialah kesihatan yang Allah berikan perlu disyukuri.
Kami, para pensyarah tidak pernah mengharap sebarang balasan kerana itu memang tugas kami. Kita cuba laksanakan yang terbaik, moga-moga ada sahamnya di akhirat nanti iaitu menyampaikan ilmu yang bermanfaat.
Semua kita tahu pasal hadis Rasulullah (SAW) yang mengatakan bahawa apabila meninggalnya seorang anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara; anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu bermanfaat yang disampaikan. Begitulah lebih kurang maksud hadis.
Terserempak juga dengan antara mereka yang terakhir menghantar Projek Sarjana ke pejabat post graduate, FABU.
Ya lah 30 orang kesemuanya!

Yang paling ‘world’ ialah En. Azman, berusia 51 tahun dan bertugas sebagai Settlement Officer (SO) di Taiping, tak ingat samaada di Majlis atau Pejabat Tanah. Walaupun sudah berusia dan berjawatan yang tak setimpal kelayakan, dia teruskan juga belajar… ini yang dikatakan pembelajaran sepanjang hayat.
Tetapi tidak semua orang begitu. Kita diasuh supaya belajar tinggi-tinggi untuk mendapat jawatan. Aku belajar teruk-teruk tetapi bila ada post kosong, orang luar juga yang diambilnya. Inilah keluhan-keluhan yang kita dengar, termasuk juga staf UTM yang sudahpun mempunyai degree tetapi jawatan masih Technical Assistant (T.A.).
Lagi la buat masa sekarang! Kerja tak mudah dapat. Yang ada kerjapun nak kena buang.
Apapun bersabarlah. Ada rezeki kita dapat. Yang penting keikhlasan kita menuntut ilmu. Ya Allah, Engkau permudahkan jalan-jalan mereka, terutama jalan untuk mengingatiMu. Engkau tambahkan rezeki mereka supaya mereka mudah memberi. Engkau tingkatkan iman dan amal mereka supaya mereka menjadi pekerja contoh, tidak rasuah dan merasuah dan sebagainya. Aamiin3 ya Rabbal ‘Alamin…
Akhirnya, saya bagi pihak kawan-kawan yang lain juga di LAD mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mantan pelajar-pelajar Master Pesisir Ipoh.
Jauhi Rasuah!