Mesyuarat PIBG SMIH Sebelum MAT

Bergambar bersama oleh sebahagian dari AJK PIBG SMIH. Jarang kami bergambar bersama, apatah lagi dengan memakai baju korporat PIBG SMIH (Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru). Kita bermesyuarat secara face to face pada 12 Mac, jam 5.30 petang. Last meeting ialah pada bulan Januari yang lalu secara online.

Perbincangan yang penting tadi ialah berkenaan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang dijangka pada 10 April nanti. Dah banyak tahun kita tiada MAT (Opss..baru tahun lepas yang tak ada) tapi apakan daya, Covid 19 punya pasal. Diharapkan semua ibubapa dapat hadir dengan ramai pada mesyuarat kali ini.

Semalam, 5 April, jam 5.30petang kita bermesyuarat lagi. Just to make sure AGM runs smoothly. Final touch ialah pada malam jumaat ini (9 April), mesyuarat terakhir untuk AJK lama pada jam 9 malam sebelum AGM pada keesokkannya, 10 April 2021.

Apa yang penting ialah mesyuarat berjalan lancar dan peralihan kuasa berlaku secara baik, adil dan saksama! Itu aje harapan kita.