Gazebo Smiley & The Family

Alhamdulillah selesai sudah gazebo tempat penginapan kucing-kucing peliharaan anak-anakku.

Sebenarnya, akupun tumpang gembira dengan adanya kucing-kucing yang bermula dengan Smiley.

Smiley telah datang ke rumah kami dan puas kami war-warkan bertanya siapa ada kehilangan kucing? Smiley seekor kucing kampung yang tiada kelebihan baik dari segi warnanya mahupun corak bulunya. Siapa nak?

Kemudian lahir pula Mickey serta adik beradiknya dari perut Smiley. Adik beradiknya yang lain mati, hanya Mickey yang tinggal.

Kemudian Smiley beranak lagi. Kali ini seramai 5 ekor; Teddy, Henry (yang mana saya panggil crooked tail) sebab ekornya bengkok, Daisey dan entah apa nama lagi.

Cuma saya tak tahan dengan bau najis mereka. Sangkar berada di bawah porch depan rumah. Pagi-pagi masa pergi dan balik solat subuh dari surau, saya akan menghidu bau yang kurang enak.

Dengan adanya gazebo ini, saya mengharapkan saya dapat terus menyayangi Smiley, Mickey, Teddy, Hendry, Daisey dan lain-lain. Pada saya, kediaman baru ini merupakan pelaburan saya sebagai tanda menyokong kepada hobi anak-anak. Diharapkan mereka menjaganya dengan sebaik mungkin.

UTM Open Day