Stadium Pasir Gudang

Sudah agak biasa ke Stadium Pasir Gudang sejak akhir-akhir ini.

Sebelum ini aku tak pernah kenal dimana stadium ini.

Hari ini seperti biasa aku turun dari rumah pada jam 6 pagi dan tiba di Stadium Pasir Gudang pada jam 6.19am. Alhamdulillah, ‘queue’ yang terpendek rasanya berbanding dengan sebelum ni.

Dijadualkan saya potong gelang hari ini dan tinggal abang seorang saja lagi untuk potong gelang pada pagi esok. Gelang bukan sebarang gelang… Kalau orang tengok kita yang memakai gelang ini berkeliaran merata-rata, marah mereka. Bukan apa kerana dikhuatiri Covid-19 akan menjangkiti mereka. Berasas kemarahan mereka kerana penyakit ini begitu merbahaya. Ia boleh membawa maut jika diizinkan Allah SWT.

Alhamdulillah diatas ujianMu ini ya Allah. Aku redha dan bersyukur padaMu, ya Rabb!