Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin...
Anakanda Wan Abdul Rahman sudah pulang dari memotong gelang di CAC Pasir Gudang tadi. Beliau pergi pada pukul 6am dan pulang pada pukul 10am.
Sudah tiada lagi yang memakai gelang KKM di rumah saya. Gelang emas yang kecil untuk anak-anak perempuan ada la.
Team ‘sanitation’pun sudah melaksanakan sanitasi ke seluruh rumah pada pukul 10.15am tadi. Maka berakhirlah sebuah tribulasi pandemik covid-19 yang melanda keluargaku yang mana 9 dari 10 ahli keluarga POSITIF.
Pun begitu, perjuangan belum berakhir. Kita sewajarnya menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh KKM. Waspada Tetap Waspada!
Beberapa perkara mungkin boleh difikirkan untuk diambil iktibar;
1) Sokongan sesama ahli keluarga MESTI padu. Sikap bantu membantu sangat-sangat diperlukan walaupun ia tersangat TERHAD. Kita cuba membantu dalam skop yang TERBATAS.
2) Berfikiran POSITIF. Kita tahu jangka hayat kita MILIK Allah SWT. Selagi diberi PELUANG olehNya maka teruskan kehidupan dalam suasana yang lebih BAIK dari biasa; solatnya baik fardhu mahupun sunat, bacaan al-Qurannya, selawat dan zikir, masa begitu banyak, sedekah atau infaqnya dan lain-lain lagi.
3) Hubungi saudara-mara, rakan dan taulan supaya mereka tahu keadaan kita. Yang TERPENTING ialah supaya mereka selitkan secangkir DOA buat kita sekeluarga.

4) Duit sudah pasti banyak dikeluarkan. Jangan kedekut dan masing-masing ahli keluarga saling hulur menghulur bagi yang sudah mempunyai PENDAPATAN. Apatah lagi bila kita cuba ‘swab’ di Hospital Kerajaan tetapi tak dapat maka usaha di Klinik swasta wajar disegerakan.
5) Sistem SOKONGAN komuniti sangat-sangat berperanan. Ada yang memberi motivasi, ada yang menghantar makanan, minuman dan buah-buahan dan yang tidak kurang penting ialah doa jiran-jiran.
6) JANGAN sekali-kali merasakan diri seperti hendak mati. Jika kita terasa seperti itu, NAFAS mula terasa sesak seperti tiada OKSIGEN. Ini hanya perasaan dan ia menyukarkan untuk kita bernafas.
7) Pasang komputer atau radio dengan bacaan al-Quran bermula sebelum tidur sehingga kita bangun keesokan harinya. Kita pasti terbangun awal untuk mengerjakan solat sunat Tahajud dan sebagainya.
8) Berhubung sesama ahli keluarga amat TERBATAS, hanya menggunakan WhatsApp kerana kita takut jangkitan akan berlaku. Dalam WhatsApp ‘always’ menggunakan nada positif, jangan sekali-kali marah atau membuat ahli keluarga marah. Ia adalah ‘contagious‘! Kemaharahan kita kepada si A akan melemahkan semangat si B, si C dan seterusnya.
9) Kita akan membilang hari. Hari-hari yang mendatang sangat-sangat didambakan kerana kita ingin KELUAR dari Edah 10 hari tersebut. Setiap hari yang kita lalui dan ‘survive’ sungguh meruntun jiwa. Subhanallah!
Sekadar itu dulu. Sama-sama kita mendoakan semoga gejala Covid-19 berlalu pergi dengan SEGERA. Allah yang boleh mendatangkan penyakit dan Allah jualah yang boleh menyembuhkannya.
Aamiin3 Ya Rabbal ‘Alaamin…