Welcome Home…

Hari ini ‘last batch’ ahli keluarga balik rumah setelah ‘lodging’ di ‘cats’ house’ buat beberapa hari.

Sampai aje kat rumah, masing-masing minum air. Begitu dahaga sekali, Smiley, Mikey, Stripy, Henry, Daisy, Teddy dan seekor lagi… Apa ke nama?

Mungkin di hotel bajet mereka tak ada air-con dan panas.

Budget hotel‘pun taklah berapa murah sangat. RM15 seekor sehari. Dah 7 ekor, habis RM900 lebih juga selama tuannya berada di PKRC Pasir Gudang. Kita rasa rindu juga bila mereka tak ada. Rasa macam cucu pula…

Dulu masa kita pelihara kucing di kampung, tak habis duit. Berbeza pelihara kucing di bandar…