Penat Menerajui Persatuan…

Banyak persatuan yang kita terlibat. Dulu sejak tahun 2007, kita terlibat menjadi Masul Mukhayyam Johor. Kemudian menjadi pula Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru. Pada masa yang sama, kita pegang juga jawatan Pengerusi Badan Kebajikan Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM. Disamping itu, saya juga merupakan Pengerusi Surau Perjiranan 11, Bandar Dato Onn, Johor Bahru.

Berpersatuan ini seronok apabila semua AJK akur dengan arahan dan buat kerja masing-masing. Yang di luar kawalan itu biasalah ada seorang dua. Itu yang dikatakan norm dalam kehidupan berpersatuan.

Yang menyedihkan ialah apabila kita minta mengundi, mereka mengundi menyokong kita tetapi akhir-akhirnya berpaling tadah kerana dengar cakap bini! Ada pula sesetengahnya, kita bincang bagai nak ‘rak’ dalam whatsApp, dia menyepi aje.

Tetapi bila kita nak endors keputusan dalam whatsApp tadi, dia pula bersuara nanti kita bincang dalam mesyuarat. Tadi yang kita bincang dalam whatsApp group bukan mesyuarat ya?

Ya Allah ya Rabbi…

InsyaAllah apa-apa jawatan Pengerusi aku akan lepaskan pada tahun depan. Cukuplah dengan perangai sesetengah manusia yang kita kurang faham gelagat dan tingkah lakunya. Aku ingin concentrate untuk beramal saja. Umurpun sudah menghampiri 60. Ingatkan buat kerja untuk mendapat pahala tetapi sebaliknya mendapat bala dan dosa.

Seronok juga kalau dapat jadi macam Ustaz Ebit Liew, hulur sana hulur sini. Nampak seolah-olah tiada kekangan kewangan langsung. Kalaulah aku dapat menjadi seperti beliau, mesti aku riya, angkuh dan bangga serta lupa akhirat. Na’uzubillahi minzaalik!

Allah SWT telah memilih orang yang tepat untuk membuat kerja-kerja kebajikan. Bukan ahli politik tak boleh buat, boleh buat. Sepatutnya ahli politiklah yang lebih aula untuk buat. Duit bulan-bulan masuk puluhan ribu malah ratusan ribu, apa yang hendak digusarkan?

Tapi itulah… ia belum mencukupi simpanan. Untuk diri aku, isteriku atau isteri-isteriku, anak-anakku masih belum mencukupi. Nanti semua sudah ada jutaan ringgit dalam akaun masing-masing maka barulah aku boleh ‘share’ bersama.

Bila hampir ingin mencukupi maka Inna Lillahi Wainna iLai hiraaji’un, dia pun pergi menemui Illahi. Tidak sempat pula untuk berinfaq dan bersedekah.

Itulah rutin kehidupan kita. Jangan dikejar sangat duniawi… tetapi kejar ukhrawi dan pasti duniawi pasti menyusul insyaAllah.

UTM Open Day