Alhamdulillah, hari ini aku distribute lebih kurang 40 packs nasi beriani kambing dan ayam. Manakala 10 packs untuk keluarga aku makan.
Sebenarnya, aku dah booked 25 packs Beriani Ayam dan 25 packs Beriani Kambing pada minggu lepas lagi dan duit pun aku telah bank in pada minggu lepas juga. Aku memilih beriani dari MS Beriani di Bandar Baru UDA, Johor Bahru.
Aku berjanji kepada AJK Surau semasa di bulan Ramadhan lagi bahawa one day I will take them to MS Beriani. Tetapi selepas berpuasa sehingga sekarang, keadaan tidak mengizinkan. Jadi instead of kita pergi makan di sana tetapi sebaliknya aku membawa beriani ke rumah masing-masing.

MS Beriani memang tersohor di sekitar Johor. Mereka berniaga bermula jam 10.00 pagi dan pada jam 2.00 petang makanan sudah habis.
Ownernya adalah bekas pelajar aku, Azizul. Azizul adalah Registered Valuer. Rezeki, siapa sangka? Kita menjadi Jurunilai ke, Pengusaha Restoren ke, semua bagus dan mendatangkan hasil.
Mungkin kerana mengenangkan jasa gurunya, disamping apa yang aku order, Azizul turut membekalkan aku dengan 3 batang Lamb Shanks, 2 bekas besar nasi for free. Mudah-mudahan Allah memberkati penjualan Azizul dan terus memberi kelarisan kepada perniagaannya.
Kebiasaannya orang yang banyak menderma dan tidak berkira tentang barangan jualan akan mendapat keberkatan dan hasil yang lumayan insyaAllah.
Aku merasa sangat gembira kerana pertama, aku telah mengabuli janji untuk memberi makan AJK Surau Perjiranan 11 dengan MS Beriani. Kedua, aku dapat menjamu makan kepada rakan-rakan yang telah membantuku sepanjang pendemik Covid-19 yang telah kami sekeluarga lalui baru-baru ini. Dan yang paling penting ialah Allah memang suka dan menggalakkan kita memberi orang makan. Alhamdulillah!