Hari ini aku belajar benda baru dan aku ingin kongsikan dengan kawan-kawan.
Sesiapa yang menulis nama Nabi Muhammad ﷺ dan ingin membuat ‘salutation’ Sallallahu Alaihi Wassalam kepada baginda dalam Bahasa Arab selepas nama Muhammad maka dia boleh berbuat demikian dengan mengikut langkah-langkah berikut:

- Tekan huruf F
- Tekan huruf D
- Tekan huruf F
- Tekan huruf A
- Kemudian tekan ALT dan X serentak
InsyaAllah ia akan keluar ﷺ. Alhamdulillah…
Dah cuba ke belum? Anda boleh cuba sekarang. Tetapi sayugia diingatkan bahawa anda mestilah menggunakan perisian Microsoft Office Word.
Selamat Mencuba!