Aku rasa sudah agak lama aku tak ke Surau P11 untuk mengerjakan solat berjamaah. Ya sejak keluargaku positif covid-19. Walaupun kita negatif tetapi kita tidak boleh ke surau kerana aku dikatakan sebagai close contact.
Malam tadi buat pertama kali aku datang untuk solat Isya setelah mungkin 3 atau 4 minggu aku menghilangkan diri. Yang boleh datangpun 4 orang aje. Bolehlah jumpa kawan-kawan sambil bertanya khabar.
Hari jumaat ni baru ramai sikit, 12 orang dicampurkan dengan Imam, Bilal dan Noja.
Orang-orang tua bersosial macam inilah iaitu pada waktu sebelum atau selepas solat. Masing-masing bertanya khabar diri sendiri, anak-anak dan sebagainya…
Malam tadi juga kebetulan Hj Khir, Dato Bandar P11 menyediakan bubur nasi untuk kami 4 orang yang solat berjamaah membawa balik. Alhamdulillah, rezeki ada dimana-mana…