Kelmarin seperti yang aku lakarkan sebelum ini bahawa aku telah mengedarkan Nasi Beriani kepada rakan-rakan di Perjiranan 11 dan beberapa orang yang berada di Taman Setia Tropika, Taman Kempas Indah, Taman Kempas Utama, Perjiranan 12 dan di Taman Delima.
Apabila selesai mengedarkan dari pukul 11 pagi hingga pukul 1 petang, kita duduk senyap-senyap sambil memikirkan tentang pengedaran tersebut, tiba-tiba datang dalam fikiran, Subhanallah, Janadi dan Pak Lah belum aku berikan. Makananpun dah habis. Sebenarnya aku mengedarkan makanan tersebut bersama En. Lias. En. Lias yang banyak kenal rumah-rumah AJK Surau dan sebagainya.

Semalam aku bersama isteri ke Public Bank untuk mengambil geran kereta Camry. On the way balik memang niatku untuk singgah di MS Beriani untuk aku belikan beriani untuk diberikan kepada Janadi dan Pak Lah insyaAllah.
Kebetulan semasa aku ke MS Beriani semalam, taukeh kedai, Azizul ada. The day before yesterday yang aku beli 50 packs tu dia tak ada.
Walau apapun aku amat bersyukur kepada Allah SWT kerana berjaya mengagihkan makanan kepada semua yang membantu aku semasa keluargaku dilanda covid-19. Alhamdulillah!
Semoga Allah SWT akan membalas jasa kalian dengan sebaik-baik pembalasan insyaAllah!!!