Solat Jumaat Selepas ‘Close Contact’

Hari ini Jumaat, 18 Jun 2021, aku dapat datang semula ke Surau Perjiranan 11 untuk menunaikan solat Jumaat selepas beberapa minggu tidak dapat solat Jumaat kerana close contact.

Rasa keseronokan ini adalah kerana pada masa inilah kita dapat berjumpa dengan kawan-kawan dan sahabat semua. Biarpun tidak ramai tetapi jumlah 15 orang sudah memadai untuk kita merasakan ukhuwwah sesama jiran. 15 orang adalah lebih baik dari 4 orang yang kita jumpai semasa solat berjamaah pada waktu-waktu yang lain.

Ya Allah ya Tuhanku, Engkau satukan hati-hati kami sesama AJK Surau dan sesama masyarakat Perjiranan 11. Engkau tautkan hati-hati kami supaya saling kasih mengasihi, hormat menghormati dan bantu membantu sesama kami. Engkaulah yang berkuasa untuk menyatukan hati-hati kami.

Engkau ikhlaskan hati-hati kami supaya kami melaksanakan segala tanggungjawab yang berkaitan dengan surau semata-mata kerana Lillahi Taala. Bukan kerana ingin mendapat pujian serta nama, yang sama sekali tidak berguna kepada kami di akhirat nanti. Engkau tetapkan pendirian kami diatas jalanMu yang lurus, jalan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Jangan sekali-kali Engkau pesongkan hati-hati kami setelah diberikan petunjuk.

Aamiin, aamiin, aamiin, ya Rabbal ‘Alamiin…