Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk mengambil dos yang kedua pada hari ini (20/06/2021).
Hari-hari kita check MySejahtera.
Di Dewan Muafakat, Adda Heights tadi tak ramai orang. Saya bertanya juga kenapa tak ramai? Staf menjawab sebab dos kedua, tak ramai orang…
Itulah antara ikhtiar kita dari gejala covid-19… ajal maut di tangan Allah SWT jua. Tidak diawalkan atau dilewatkan walau satu saat.
Anak perempuan saya memaklumkan seorang kakak yang sama-sama di PKRC Pasir Gudang tempohari mesejnya semalam. Katanya, suaminya dijemput Tuhan.

Itulah masing-masing ada tempoh expired masing-masing. Tunggulah sambil beramal. Jangan pula kita tunggu tanpa beramal.
Hari ini juga disambutnya Hari Bapa. Balik dari membuat suntikan, anak-anak keluarkan sebiji kek cheese dari Secret Resipe. Sedap juga.
Ibunya pula order nasi arab Hadramaut dari Padigm Mall. Ok sedap nasi arab. Hargapun dalam RM180 untuk 10 orang makan termasuk delivery. Kemudian Kak Long pula kirim Brownies Cokelat. Kenyang hari ini dilayan isteri dan anak-anak, alhamdulillah.
InsyaAllah esok berpuasa hari Isnin.
Semoga setiap peristiwa yang berlaku bakal memberi natijah pengajaran kepada kita InsyaAllah.