Sabar Senang Disebut Tetapi Susah Dibuat

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0758.
Dari Abu Said R.A., katanya: “Beberapa orang kaum Ansar meminta (sesuatu) kepada Rasulullah SAW., lalu diberi oleh beliau. Kemudian mereka meminta lagi, terus diberi oleh beliau, dimintanya lagi, diberi lagi sehingga habislah apa yang ada pada Rasulullah SAW. Sabda beliau, “Tidak ada lagi pada ku dan tidak ada pula yang ku simpan. (Ingatlah!) sesiapa yang ingin terpelihara dari meminta-minta, Allah SWT akan memeliharanya, siapa yang merasa cukup, Allah SWT akan mencukupkannya, dan siapa yang berhati sabar, Allah SWT akan memberikannya kesabaran; tiada satu juga pemberian Allah SWT yang diberikanNya kepada seseorang, yang lebih baik dan lebih lapang daripada sabar.”

Allah SWT begitu kerap menganjurkan supaya kita bersabar. Cuma untuk kita bersabar ia tidak mudah. Ia begitu mudah dituturkan tetapi begitu payah untuk dilakukannya. Ia merupakan pemberian Allah SWT yang begitu tinggi nilainya.

Marilah kita berdoa semoga Allah SWT mengurniakan sifat sabar kepada kita insyaAllah!

Aamiin, aamiin, aamiin ya Rabbal ‘Alamiin