Perlu Ada Budi Bicara…

Dalam kehidupan ini, banyak pertimbangan-pertimbangan yang perlu dibuat. Peraturan memang dah ada tetapi perlu dilihat secara mendalam. Dengan kata lain, kita perlu melihat ‘case by case basis’.

Dia bukan benda yang straight forward. Sebagai contoh, anak saya diluluskan untuk bertukar dari Hospital Rompin ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB).

Adik dia 2 orang memohon kelulusan untuk pergi membantu kakaknya mengemas dan mengangkat barang-barang untuk dibawa pulang ke Johor Bahru. Permohonan tidak diluluskan! Hanya kes emergency saja seperti kematian akan diluluskan.

Apabila saya menelefon seorang pegawai polis menceritakan bahawa anak saya akan melaporkan diri di HSAJB pada 1 Julai dan dia seorang doktor perempuan (kira frontliner juga la) serta perlukan bantuan untuk mengemas dan mengangkat barangannya dari tingkat 4 ke bawah maka pegawai polis ini sedikit rasional.

Beliau memaklumkan bahawa kalau saya sebagai ayahnya memohon mungkin permohonan boleh diluluskan. Alhamdulillah!

Sebaliknya pula anak perempuan saya mungkin kesian kepada orang tuanya tidak merestui untuk saya memohon untuk ke Rompin. Anak saya akan cuba meminta kawan-kawan, doktor dan staf membantunya.

Kita hanya berdoa supaya semuanya selamat.

UTM Open Day