“Hanya 2 orang aje yang nak claim pencapaian anak dalam SPM ya? Sesiapa yang belum hantar result, bolehlah berbuat demikian. Sertakan nama, nombor akaun dan nama bank sekali.
Kita akan cuba deposit pada minggu depan. Apabila keadaan dah ok (maksudnya tiada lagi ancaman covid-19), kita akan buat upacara rasmi dan disusuli dengan gimmick sahaja. Yang penting cenderahati diberi dahulu untuk anak-anak kita. Terima kasih” Begitulah tulisku dalam group WhatsApp Staf Fakulti Alam Bina dan Ukur.
Selagi ada A, kita berikan sumbangan kepada anak-anak kita. Sebagai contoh, jika 1A=RM10; 3A=RM30; 6A=RM60 dan begitulah seterusnya. Tujuannya ialah untuk memberi galakan kepada anak-anak kita supaya terus berusaha. Kalau kita beri kepada yang dapat 8, 9, 10A saja, kita tidak memotivasikan anak-anak yang kita sayangi untuk terus berusaha.

AKRAB (Badan Kebajikan Fakulti Alam Bina dan Ukur) lain dengan persatuan-persatuan kebajikan yang lain. Semua staf kita… kita anggap sebagai ahli. Bayar yuran ke, tak bayar yuran ke, itu masing-masing dengan Tuhan. Dan semua orang boleh claim segala kebajikan yang ada yang kita berikan…
BAKES UTM, kalau tak potong RM5 sebulan, tak dapat apa-apa walaupun kita kerja di UTM. Tetapi AKRAB tidak, kita beri aje. Tetapi andaikata selepas mendapat sumbangan kemudian terasa nak bayar yuran adalah sangat dialu-alukan. Hak kita, baik kita ambik dan ia memberi semangat kepada anak.
Itu yang penting. Anak dia akan appreciate apa yang dia dapat dan ingatannya will last forever InsyaAllah.
We are one big happy family!