Kita Rasa Restless…

Dalam suasana sekarang, semua orang rasa gelisah. Sudah berapa lama kita hidup begini? Sudah hampir 2 tahun rasanya. PKP atau MCO sudah menjadi norma baru kehidupan kita.

Ada yang boleh bertahan, ada yang tak tahan dan ramai juga seboleh-bolehnya cuba bertahan.

Yang boleh bertahan ni, rata-ratanya adalah penjawat awam. Kerja atau tak kerja, gaji tetap jalan tetapi bagi mereka yang berniaga atau bekerja sendiri, memang terasa pahitnya kehidupan. Ada yang beriman dan masih boleh bertahan tetapi ada juga yang kurang imannya maka jalan mudahnya ialah mengambil nyawa sendiri. Na’uzubillahi min zaalik.

Sepatutnya kerajaan yang ada, mencuba untuk mengurangkan beban rakyat. Gaji yang begitu besar dan banyak bolehlah digunakan untuk membantu rakyat yang terkesan. Masa inilah Pak Menteri kita nak gunakan duit yang mereka telah salurkan kepada akaun anak-anak semasa mereka berkuasa dulu untuk kegunaan masyarakat marhein.

Hari ini ada orang post butiran transaksi akaun anak seorang pemimpin negara. Subhanallah! Jutaan ringgit dalam akaun di luar negara.

Fikirlah baik-baik, banyaknya harta kita bolehkah ia menjamin syurga? Hendak dimasukkan ke dalam akaun kita, ditakuti dapat dijejaki orang. Maka masukkan ke dalam akaun isteri dan anak-anak. Kita boleh mengaburi mata manusia tetapi hakikatnya mata malaikat tetap dapat mencatatnya.

Ada pula yang tidak ingin menampakkan banyaknya duit dia dalam bank maka disimpan aje di rumah. MasyaAllah berjuta-juta! Itu hanya jumlah duit, belum lagi jumlah harta…

Aku merasakan bahawa jika setiap menteri dan timbalannya membantu rakyat, kerja-kerja Ustaz Ebiet Liew akan menjadi mudah dan boleh difokuskan kepada kumpulan sasaran sebenar.

Wahai pihak-pihak yang berkuasa (PBT, Jabatan Agama, Majlis Agama, Unit Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain) dimasa sekarang inilah engkau perlu lebih peka dan prihatin. Bantu mereka yang memerlukan, baik yang memintu mahupun yang tidak meminta. Mereka yang tidak meminta mungkin merasakan bahawa mereka lebih baik dari orang lain. Qanaah mereka lebih tinggi! Tetapi hakikatnya, merekapun susah.

NGO juga banyak yang turut membantu.