Router Baru…

Hari ini tukar router baru. Anakanda Wan Abdul Rahman beli router baru jenis ASUS, agak mahal juga, sekitar RM600. Tukar dengan yang TM supply.

Selalu sangat dia terkeluar line wi-fi. Setiap kali juga kita kena sambung semula. Kadang-kadang tengah sedap menulis di internet, tiba-tiba tak ada line. Line terkeluar sendiri! Sambung balik kemudian dia terkeluar balik maka kena sambung balik. Begitulah on and offnya.

Yang paling tak menyeronokkan ialah apabila kita tengah menggunakan webex ke, google meet ke, zoom ke, apa ke, tiba-tiba dia offline maka kita terkeluar. Maka kita kena sambung semula…

Saya bersama UNIFI ni sudah agak lama! Sejak di Taman Pulai Utama lagi, kemudian bila berpindah ke Perjiranan 11, Bandar Dato Onn pada tahun 2013 maka kita transfer pula dia ke sini. Dulu mungkin pengguna tak ramai, sekarang masing-masing 11 orang dalam rumah ada handphone, komputer dan sebagainya maka line makin congested.

Alhamdulillah ada jiran yang pandai untuk melakukan kerja-kerja ini, En. Adib. Beliau juga merupakan Muazzin Surau Perjiranan 11. Adib datang ke rumah dalam pukul 6.30 petang kemudian ke surau untuk mengalunkan azan maghrib kemudian datang pula pukul 9.15pm. Semua siap sekitar pukul 9.30 malam.

Tertanya-tanya juga, apa yang hendak dihadiahkan kepadanya sebagai saguhati? Hendak diberi duit sudah pasti dia tak akan menerimanya. Tengoklah, esok atau lusa, isteri masak Nasi Arab dan boleh diberikan kepada Adib sekeluarga.

Apapun segala usaha Adib diucapkan jazakallahu khairan kathira.