
Gambar ini agak lama, sekitar tahun 1983. Aku bersama Zaidi, Jaafar dan Lokman travel dari Azusa ke San Diego Zoo, kemudian ke Tijuana, Mexico, kemudian ke Flagstaff, Arizona, kemudian ke Las Vegas, Nevada. Kemudian balik semula ke California.

Gambar ini sekitar tahun 1985, apabila aku telah berpindah ke Louisiana. Travel bersama rakan-rakan, allahyarham Rosli Yaakob dan lain-lain.

Gambar yang dihantar oleh seorang rakan serumah di Manhattan, Kansas.
Manhattan, Kansas dikenali sebagai little apple manakala Manhattan, New York dikenali sebagai big apple.
Pada masa ini, Saiful Bahri Hassan Basri telah graduated dalam pengajiannya. Seorang lagi housemate kami ialah Amang dari Terengganu. Aku pula graduated in Master of Regional and Community Planning pada bulan Mac tahun 1988.

Gambar ini sekitar tahun 1983 di parkir Citrus College, Azusa. Aku bersama Ar. Nazri Ismail.

Gambar ini yang paling lama, mungkin sekitar tahun 1982. Kami pelajar-pelajar Bahasa Inggeris di Language Center of the Pacific, Azusa dibawa melawat ke Universal Studios dimana filem-filem Hollywood dibuat. Berdiri dari kiri ialah Zamhuri Ramli, PM Dr. Rustam Khairi Zahari, Aku, Arwah Khalid, Rosli Seman & Bert.

Gambar ini sekitar tahun 1985... Perjalanan pengajian aku agak berwarna warni. Selepas SPM pada tahun 1981, aku ke Language Center of the Pacific, Azusa, California (1982). Kemudian aku sambung satu semester di Citrus College, Azusa (1983). Aku berpindah lagi ke Northern Arizona University, di Flagstaff, Arizona untuk satu semester (1983) kerana katanya ada bidang Town Planning tetapi hanya ada Land Use Planning. JPA arahkan aku pindah lagi. Kemudian aku ke University of Southwestern Louisiana (University of Louisiana at Lafayette) (1984-1986), tahun 1986 aku graduated dalam bidang Urban and Regional Planning. Kemudian aku ke Kansas State University, Manhattan, KS. (1986-1988). Aku graduated pada tahun 1988 dengan Master of Regional and Community Planning.