Agak berat juga bulan ni… UTM1964 dan JQG1964 expired takaful dan road taxnya. Kos keseluruhannya RM2,524.00.
Walau apapun, ia wajar dijelaskan dengan segera supaya ekonomi negara ‘terbantu’. Duit takaful memang kita kena bayarpun dan begitu juga cukai jalan. Tak perlu kita tunggu sehingga tamat tempoh baru nak bayar.
Setidak-tidaknya ada sedikit duit masuk ke dalam ekonomi negara. Kita hendak bantu negara dengan memberi derma rasanya macam terencat juga. Sebab apa? Ramai lagi menteri-menteri yang bergaji RM70k-RM80k sebulan nampak ‘seperti’ tidak membuat kerja apa-apa tetapi gaji masuk juga.
Aku ada juga buat kerja… Mengajar subjek, Menyelia pelajar buat tesis peringkat Sarjana Muda dan Sarjana, Menjadi panel proposal Master dan PhD, Menyelia Latihan Industri pelajar, Menjadi Penasihat Akademik pelajar, Menilai PSM pelajar, Menilai Projek Sarjana pelajar, Membuat kajian atau penyelidikan dan lain-lain lagi.
Gaji aku 1/7 dari gaji hang pa…Hang pa duduk bertelagah tentang Bendera Putih. Ada juga yang suruh minta doa aje.

Sorry la, aku bersetuju untuk tidak bersetuju dengan hang pa. Zaman Siti Maryam dulu ok juga la, Allah SWT turunkan makanan untuknya walaupun beliau tidak angkat bendera putih. Terkejut juga Nabi Zakaria macamana ada makanan?
“Setiap kali masuk atasnya Zakaria mihrab, dia dapati di sisinya rezeki. “Setiap kali Zakaria a.s. masuk menemui Maryam di mihrab (kamar khusus ibadah atau tempat solat), dia menjumpai di sisi Maryam buah-buahan musim panas di saat musim dingin, dan buah-buahan musim dingin di saat musim panas. Dalam ayat ini terdapat dalil adanya karamah para wali.
“Dia berkata, “Wahai Maryam, dari mana bagi kamu ini?” “Zakaria a.s. bertanya dari mana Maryam mendapat makanan itu.” Dia berkata, “Ini dari sisi Allah SWT. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada orang yang Dia kehendaki tanpa perhitungan.”

“Maryam menjawab bahawa makanan itu datang dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah SWT memberi rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki tanpa hisab.
Bagi aku tak perlulah kita berbahas kenapa bendera putih dan sebagainya. Kalau hendak tolong, tolonglah.
Masing-masing mempunyai cara tersendiri. Kalau hang pa rasa, cara hang pa yang terbaik, buatlah! Jangan kondem orang lain yang buat cara mereka.
Kita sewajarnya saling bantu membantu, sokong menyokong di waktu sukar ini…
Astaqfirullahal Aziim.