Banyak teori yang kita pelajari sepanjang kehidupan kita. Saya ada juga jelaskan tentang Teori Maslow dalam kelas. Tujuannya supaya kita tahu bahawa manusia membuat kajian tentang manusia. Apakah yang memotivasikan manusia untuk berusaha dari satu tahap ke satu tahap yang lain?

Banyak teori-teori barat yang kita cuba masukkan dalam kehidupan kita. Sebenarnya hadis Rasulullah SAW banyak memberi pedoman kepada kita tetapi kita lebih senang mengambil teori-teori barat dari menggunakan sabda Rasulullah SAW. Biasalah kita lebih glamour dengan orang luar! Begitu juga barang-barang, yang import lebih berkenan di hati. Semoga kita berubah ke arah yang lebih baik!
Maslow menegaskan bahawa manusia akan memikirkan tentang aspek fisiologikal sebelum mereka berfikir tentang aspek keselamatan. Perkara-perkara asas seperti makanan, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya mengatasi keperluan lain. Setelah perkara ini settled barulah mereka mempertimbangkan tentang aspek keselamatan.

Setelah perkara itu juga settled, barulah manusia memikirkan untuk menyayangi dan disayangi (Love/Belonging).
Kemudian meningkat lagi kepada Esteem yang mana pada tahap ini, manusia lebih konfiden untuk bercakap, berucap dan melakukan segala-galanya.
Tahap terakhir ialah Self-Actualization yang mana manusia akan lebih kreatif, moral yang baik, menerima hakikat kebenaran, menyelesaikan masalah serta tidak lagi mempunyai prasangka buruk kepada manusia lain. Bila berada di tahap ini, kita mulai insaf untuk lebih memberi, sedar tentang kempen alam sekitar dan sebagainya. Apabila melihat kepada kesusahan, perasaan untuk menderma teruja.
Cuma saya memaklumkan kepada pelajar-pelajar saya bahawa ada manusia yang dalam kesusahan untuk makan tetapi sanggup untuk berkongsi makanan yang sedikit dengan orang lain, iaitu Nabi Muhammad SAW, Aishah RA dan lain-lain. Itulah cantiknya Islam tetapi tidak ramai yang mengamalkannya.
Kita diajar supaya mengasihi orang lain (saudara seislam kita) sepertimana kita mengasihi diri kita.