Ini suatu persoalan yang agak susah untuk kita laksanakan…
At one point of time kita merasakan bahawa kita masih seperti dulu. Bertenaga, berstamina, tidak panchit, dan macam-macam lagi seolah-olah kita tidak dimakan usia. Makan lalu seperti biasa. Lauk pauk apapun kita sapu. Tiada pantang larang seolah-olah tiada penyakit yang dihidapi. Begitu juga minum. Air manis minum macam masa muda-muda dulu, air berkarbonat memang sedap terutama masa terik panas matahari.
Yang kita kurang sedar mungkin selera makan kita sudah menurun. Kalau dulu, 2-3 pinggan adalah biasa tetapi sekarang hanya memadai dengan sepinggan. Itupun kadang-kadang kalau tak ingat membazir itu kawan syaitan maka makanan itu sudah kita tinggalkan…
At another point of time, kita pula merasakan as if diri kita dah tak lama. Dah tua! Rasa macam mungkin minggu ini, atau bulan depan atau tahun depan aje untuk kita pulang ke pangkuan Illahi. Rasa juga macam apa lagi nak dikejar, dah tak puas lagi ke menikmati pemberian Allah SWT?

Rasa macam nak buat dan nak bawa amal bakti pahala aje sekarang…
Semua sudah kita lalui, yang buruknya dan yang baiknya… Hendak apa lagi? Hendak kejar pangkat dan harta lagi? Masih tidak puas dan tidak cukup dengan apa yang ada? Masih hendak menggondoli semuanya?
Inilah yang kita ingin mencari jalan tengah…supaya kita tidak merasa masih muda dan ingin mendapatkan kesemuanya dan juga kita tidak merasa terlalu tua sehingga give up segala dan kesemuanya. Jalan pertengahan perlu dicari supaya kita tidak mati sebelum kita mati.
Banyak kata-kata nasihat yang kita dengarkan. Berusahalah dengan sebaiknya seperti kita akan hidup buat selamanya dan sebaliknya pula beramallah sekuatnya sepertimana kita akan mati pada esok hari!
Ya, kita amat takut ialah sekiranya kita mati dalam keadaan kita masih mengejar keduniaan dan melupakan akhirat.
Yang kita inginkan ialah kita beramal untuk akhirat tetapi masih utuh dengan mencari rezeki dunia untuk dibelanjakan bagi tujuan pelaburan akhirat.
Ya Allah ya Tuhanku, Engkau berikanlah pengakhiranku, pengakhiran yang baik! Sempurna sesempurnanya insyaAllah. Itu aje permintaanku pada Mu, ya Rabb! Aamiin, aamiin ya Rabbal ‘Alamin.