Hari Raya Eid-ul-Adha insyaAllah jatuh pada hari Selasa depan, bersamaan 20hb Julai 2021. Alhamdulillah, saya sempat menempah 1 bahagian lembu dengan Sekolah Islam Hidayah dengan harga RM780. Itupun hasil whatsApp Pn. Su. Saya memang kalah kalau orang whatsApp secara personal. Kemudian datang pula whatsApp dari Hj. Bob, Qurban for Humanity & Solidarity (QHS) dari Action Caring Team (M) Berhad yang menawarkan untuk berkorban di Mindanao dengan bayaran RM400 untuk 1 bahagian. Saya juga ambil yang ini.
Kita membuat Korban untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik untuk makan daging, lebih-lebih lagi dikala musim covid yang mana mungkin sesetengahnya tiada sumber pendapatan lagi kerana diberhentikan kerja dan sebagainya.

5 hari menjelang Hari Raya ini, sungguh banyak kerja yang perlu diselesaikan! Perlu submit markah, mesyuarat untuk buat Buku Kesatuan Sekerja, EGM of JMB Lakefront Homes @ Cyberjaya, mesyuarat Jawatankuasa Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, mesyuarat bersama Prof Adjung dan lain-lain lagi.
Yang paling susah ialah untuk menghantar markah. Kenapa susah? Susah kerana kita mengharapkan markah-markah dari pensyarah-pensyarah lain untuk dicampur, dibahagi dan sebagainya sebelum di‘finalize’ untuk dimasukkan ke dalam template.
Faham-fahamlah apabila kita mengharapkan ihsan orang lain untuk menghantar markah kepada kita. Ada yang cepat, ada yang lambat… Nak paksa-paksa mereka untuk menghantar dengan cepat memang tidak boleh. Tetapi itulah hakikatnya.
Satu lagi ialah kerana budaya kerjaya sekarang yang kurang membantu untuk membuat kerja dengan cepat dan efisien. Yalah, semua work from home. Work from home ni terlampau banyak kekangan dan cabaran yang harus dilalui oleh kita. Ia perlu diatur dan dijadualkan secara sistematik, insyaAllah baru ok!
Apapun mudah-mudahan Allah membantu aku dalam menyelesaikan kerja-kerja ini.