Eid Adha 1442…

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1442H/2021. Maaf zahir batin dari kami sekeluarga.

Taqaballahu minna waminkum. Semoga ibadah korban kita diterima Allah SWT. Saya mengajak diri saya dan tuan/puan semua untuk kita memperbanyakkan berzikir, bertasbih, bertahmid serta bertakbir sehingga ke hari tasyriq InsyaAllah. Kita cuba menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail suatu ketika dulu.

Banyakkan juga berselawat kepada Nabi Muhammad (SAW).

Saya juga ingin menarik perhatian tuan-tuan ahli kariah Perjiranan 11 untuk datang mengimarah surau kita. Tetapi sebelum itu, tuan-tuan diminta untuk mendaftar melalui laman whatsApp kita, INFO KOMUNITI SURAU P11. Kita utamakan ahli kariah yang telah mendapat satu dan dua dos vaksin serta mendaftar dengan kita. Kita mengadakan solat berjamaah 5 kali sehari. Buat masa ini seperti saranan JAINJ, kita buka untuk jamaah lelaki sahaja.

Tuan-tuan juga boleh mencadangkan apa-apa aktiviti yang menarik untuk dilaksanakan di Surau P11.

Semakin kita diuji semakin dekat kita pada Allah SWT. Jom kita semua!