Mengagihkan Daging Korban

Selepas mengerjakan solat Subuh di Surau P11, sambil bertanya khabar rakan-rakan tiba-tiba telefonku berdering. Ustazah Ayu rupanya. Beliau memaklumkan bahawa daging korban aku sudah ready.

Aku memuatkan makanan kering bersama satu bag beras yang disediakan pihak Surau untuk dihantar ke rumah flat di sekitar Adda Heights ke dalam keretaku. Dan akan aku selitkan bersama satu pek daging korbanku nanti. Arwah Pn. Dilla yang menginap di rumah flat tersebut telah menjadi keluarga angkat Surau kami lebih setahun yang lalu. Kami memberi sumbangan wang tunai dan makanan kering secara bulanan. Pn. Dilla baru aje meninggal dunia beberapa bulan yang lalu.

Aku bersama isteri pergi mengambil daging korban seawal 7 lebih pagi di D’Hidayah Cafe. Katanya mereka di pusat penyembelihan memulakan operasi seawal jam 4am. Disamping itu, aku membuat panggilan telefon kepada Aiman (anak arwah Pn. Dilla) untuk memaklumkan bahawa aku akan datang untuk membawa barangan makanan kering bersama daging korban. Malangnya cubaanku beberapa kali tidak berhasil! Mungkin tiada rezeki Aiman dan adik beradiknya untuk merasa daging korbanku. Atau mungkin akan ada orang lain pula yang akan datang memberi… Rezeki semua dari Allah SWT.

Pada tahun ini seperti juga pada tahun lepas, penyembelihan hanya dibenarkan di ‘slaughter house’ menurut arahan JAINJ. Cuma pada tahun lepas, kita masih boleh ‘pack’ sendiri daging-dagingnya.

Tahun ini semuanya berlaku di pusat penyembelihan.

Pagi tadi saya sempat mengagihkan daging korban saya ke rumah flat di Desa Mutiara. Tak banyakpun, saya dapat 11 ‘packs’ untuk 1 bahagian lembu. Saya ambil 1/3 (3 packs) utk makan sendiri dan selebihnya (8 packs) untuk diagihkan. Saya sempat juga memberi 1 ‘pack‘ untuk bilal surau saya, Alhamdulillah.

Saya seronok melihat kawan saya yang berkorban seekor lembu, penuh namanya, isteri dan anak-anak. InsyaAllah jika ada kesempatan pada tahun depan, kitapun boleh buat juga.

Taqaballahu minna waminkum. Semoga Allah menerima korban kita InsyaAllah.

“Pengorbanan Bukan Sekadar Memberi Tetapi Ia Mengajar Erti Mensyukuri…”