Inilah masanya untuk sambung master. Saja pelawa kepada bekas pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda saya untuk sambung belajar…
Pada hemat saya, belajar di peringkat Sarjana yang paling mudah dalam keseluruhan proses pengajian kita. Kenapa ya?
Di peringkat Ijazah Sarjana Muda saya katakan susah kerana kita baru lepas sekolah atau mungkin matrikulasi. Perangai ‘spoon’s feeding‘ alam persekolahan masih terbawa-bawa. Semuanya bergantung harap kepada pensyarah untuk mendapatkan nota. Tiada initiatif sendiri nak cari nota tambahan di perpustakaan dan sebagainya.

Sekarang lagi senang, tak perlu ke ‘library‘pun, maklumat di hujung jari!
Kalau di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD), tak payah beranganlah. Susah yang amat bagi yang kurang berusaha! Bagi yang rajin dan selalu ingin mencari ilmu baru, tidaklah sesusah mana. Yang penting adalah perlu rajin berusaha, sabar dengan teguran dan perseverance. Betul ke ejaan perseverance tu?
Kalau tak betul, tolong betulkan. Maksud perseverance ialah kita tak mudah mengalah, selalu mencari solusi jika menghadapi rintangan atau masalah. Kata orang muda sekarang ialah sabar tahap gaban!

Jadi, pembelajaran di peringkat Ijazah Sarjana adalah yang paling mudah, apatah lagi kalau buat secara ‘coursework’. Kalau buat ‘by research‘ tak senang juga master ni…
Kadang-kadang sambung belajar ni, kita ‘take a break from doing routine work for a while’. Habis belajar, kita sambung balik bekerja dengan penuh semangat baru.

Maka, jom sambung belajar, buat master. Nak pergi kerjapun tak boleh sangat.
Semasa di universiti, bolehlah ‘try‘ nasib mohon duit zakat untuk bayar yuran pengajian.