Merancang Untuk ‘Family Outing’

Sudah lama kita membuat perancangan untuk ‘family outing’. Siap masukkan dalam SPDC dan tetapkan sasarannya. Tujuannya hanyalah untuk merapat dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kita sudah nampak betapa fragilenya hubungan keluarga kita. Adik beradik kita bagaimana hubungannya? Kemudian hubungan anak-anak adik beradik kita? Kenalkah mereka sesama sepupu? Atau tiada apa yang boleh dilakukan lagi! Masing-masing hanya mengenali adik beradik masing-masing sahaja.

Namun apa yang berlaku di seluruh dunia agak sukar untuk kita melaksanakannya. Tiada sesiapa berani untuk menghadapi bakal risiko yang mungkin akan melanda kita. Bagi orang yang berada, mungkin ini masanya untuk keluar negara. Tiketpun murah, tidak ramai orang serta mungkin mendapat layanan terbaik. Lihat saja betapa tak ramainya orang ke Mekah dan Madinah. Suasana sungguh mudah untuk bergerak ke sana sini.

Bagi kita yang tak punyai banyak wang, kita hanya tumpang gembira apabila melihat gambar-gambar yang rakan-rakan kongsi bersama.

Rehlah ini adalah suatu perkara wajib kepada masyarakat barat. Mereka bekerja begitu kuat pada wakti bekerja tetapi pada waktu summer atau pada musim panas, mereka akan keluar ke tempat-tempat yang menarik, baik dalam mahupun di luar negeri atau negara.

Kita pula selalu bekerja tak kuat dan selalu tidak merancang untuk bercuti…