Nasihat Orang Lama…

Sedikit nasihat dari saya…

Jika anda pemegang Ijazah Sarjana dan ingin berkhidmat di Universiti maka pilihlah universiti yang boleh menerima anda sebagai pensyarah.

Tidak semua universiti melantik pensyarah dikalangan pemegang Ijazah Sarjana. Rata-rata universiti yang bertaraf Universiti Penyelidikan akan melantik mereka yang mempunyai PhD. Cuma yang bagusnya dengan PhD, anda akan terus dilantik ke gred DS51 dipanggil sebagai Pensyarah Kanan.

Dengan Ijazah Sarjana, universiti yang agak baru akan melantik anda ke gred DS45 dan perkhidmatan anda sudah dikira sebagai Pensyarah. Kemudian dari situ anda boleh menyambung pengajian anda ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Maksudnya servis kita sudah dikira awal semasa kita dilantik sebagai Pensyarah.

Kepada mereka yang membuat PhD secara ‘fast track’ (terus ke PhD selepas Ijazah Sarjana Muda) maka saya rasa ia tiada isu kerana anda telah menjimat masa dan boleh memohon untuk menjadi Pensyarah Gred 51 setelah anda tamat PhD.

Fikir-fikirkanlah jika anda ada pilihan iaitu menjadi Pensyarah dulu atau terus ke jawatan Pensyarah Kanan setelah mendapat PhD…