Alhamdulillah hari ini dapat menyelesaikan semakan dokumen pelajar SPACE yang memohon untuk ‘graduation’. Seramai 7 orang pelajar semuanya.
Apa yang disemak? Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh Penyelaras Kursus. Kemudian akan diendors oleh Penolong Dekan.

Pertama, semakan dibuat keatas bilangan kredit yang sepatutnya diambil untuk sampai ke tahap graduasi. Bilangan kredit untuk Kursus Pentadbiran dan Pembangunan Tanah ialah 132 kredit.
Kedua, semak pula bilangan kredit yang telah diambil dan yang mendapat pengecualian. ‘Make sure total’nya adalah 132 kredit. Lebih tak apa tetapi jangan berkurang!
Seterusnya semak pula Bahasa Malaysia (BM) di peringkat SPM. Jika ada yang tidak credit BM, mereka perlu mengambil BM kertas Julai. Kemudian semak pula Matematik di peringkat SPM. Ini tidak termasuk Matematik Tambahan.

Kemudian semak pula MUET, pelajar-pelajar terdahulu hanya perlu lulus setakat Band 1 sahaja tetapi sekarang memerlukan kepada sekurang-kurangnya Band 2.
Seterusnya semak pula PNGK atau CGPA (Cumulative Grade Point Average), berapa setiap pelajar dapat. CGPA inilah yang menentukan seseorang pelajar itu mendapat ‘First Class’ atau ‘Second Class’ dan sebagainya. Kalau dapat 3.67 keatas maka dikira bergraduasi dengan Kelas Pertama.
Dari 7 orang itu adalah seorang dua yang mendapat Kelas Pertama. Tetapi bagi saya yang penting ialah kita dapat menghabiskan pengajian dengan jayanya. Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang dicurahkan akan berbalas apabila kita tamat belajar.

Ada satu kes pelajar saya yang hanya tinggal satu mata pelajaran sahaja tetapi tidak ingin meneruskan pengajian kerana baru mendirikan rumah tangga. Puas kita pujuk tetapi pelajar perempuan ini tetap dengan pendiriannya. Apakan daya? ‘That’s only so much that we can do…’
Hanya iringan doa semoga dia berjaya dalam kehidupannya…