Transfer Credit University…

Ok. Aku sambung balik pasal ‘transfer credit’.

Nak pergi solat jumaatpun gitulah… bukan tak boleh pergi tetapi kita hendak memberi peluang kepada mereka yang sudah lama tak solat jumaat. Setiap 3 minggu sekali kita pergilah pula supaya kita tak ‘missed’ 3 minggu berturut-turut.

‘Transfer credit’ begitu mudah dibuat di universiti-universiti USA. Saya tak pasti universiti-universiti di negara lain. Contoh, ada satu semester kita berasa nak merantau ke negeri lain sekejap (USA ada 50 negeri kesemuanya termasuk Hawaii) maka kita buat pengajian dimana-mana universiti tersebut ‘then’ bila habis belajar selama satu semester di universiti itu, kita kembali ke universiti lama kita dengan membawa kredit matapelajaran yang telah kita buat tadi.

Perlu diingat bahawa subjek yang diambil adalah setara dengan subjek di universiti asal kita. Tidak boleh kita ambil apa-apa subjek aje.

Di universiti-universiti USA, sistem pembelajaran agak berbeza. Pada 2 tahun yang pertama, pelajar-pelajar mengambil matapelajaran umum seperti Fizik, Matematik, ‘Psychology’, ‘US History’, English, Bahasa Asing sebagai elektif (Saya belajar Bahasa German), ‘Criminalogy’, Sosiologi dan sebagainya.

Pada tahun ketiga dan keempat, barulah kita belajar bidang kita.

Kita pula dari tahun satu hingga tahun empat, terus belajar bidang kita. Tidak kenal subjek umum dah! Mungkin ada la, satu dua subjek seperti TITAS (Tamadun Islam & Tamadun Asia), Bahasa Inggeris dan lain-lain.

Boleh kita kata pelajar-pelajar di universiti Malaysia lebih hebat ‘engineering’nya kerana belajar lebih lama ‘subject matters’ berbanding pelajar-pelajar di USA? Dengan kata lain, ‘Malaysian engineers are better off than USA engineers?’ Rasanya tak jugak, ramai aje jurutera lepasan USA di Petronas dan sebagainya.

Saya pula nampak mereka ini lebih mempunyai ‘soul’ kerana mengambil matapelajaran-matapelajaran umum tadi, lebih ada timbang tara, ‘all rounders, jack of all trades’ dan sebagainya. Mungkin saya salah!

Semua orang berpeluang ke universiti di USA. Pertama sebab universiti agak banyak di setiap negeri. Di California saja berapa banyak University of California (UC) dan California State University (CSU). Sebagai contoh, UC Los Angeles (UCLA), UC San Francisco, UC Berkeley, CSU Long Beach, CSU Los Angelas dan lain-lain). Ini belum kira lagi universiti swasta seperti University of Southern California (USC) dan lain-lain.

Untuk memasuki pula, anda perlu berjaya di peringkat ‘high school’ dari segi pencapaian akademik ataupun anda memang handal dalam sukan. Sekiranya anda hebat dalam sukan, anda mungkin mendapat biasiswa untuk melanjut ke universiti tertentu. ‘Coach’ setiap universiti akan mencari dan merekrut pelajar-pelajar dari ‘high school’ lagi bagi mewakili universiti mereka nanti. Sukan yang agak glamour di US adalah seperti basketball, football, baseball dan lain-lain.

Sekiranya anda berjaya di universiti, anda akan dipikat pula oleh syarikat-syarikat sukan untuk menyertai mereka. Antaranya seperti SF 49ers, NY Jets, Lakers, Dodgers dan sebagainya.

‘Ok back to transfer credit’. Di Malaysia kita tidak boleh membuka ruang yang luas sebegitu untuk perpindahan kredit kerana universiti kita masing-masing kurang terbuka. Masing-masing merasakan dia yang terbaik! Kalau kita fikir silibus ‘civil engineering UTM’ berbeza sangat ke dengan ‘civil engineering UM’? Mungkin 10 hingga 20% berbeza tetapi rasanya taklah berbeza sangat. Jadi kenapa tak boleh buat?

Mungkin juga bila kita buka untuk perpindahan kredit, perlu ada pula unit yang menyemak kesetaraan silibus dan sebagainya. Ini menyusahkan!

Di US, mereka cuba ‘accommodate’ banyak golongan. Golongan pelajar ‘full-time’ dan golongan yang bekerja ‘full-time’. Ada aje kelas-kelas di waktu malam di‘offer’, lebih mirip untuk memenuhi permintaan mereka yang bekerja. Dan sekiranya kita jenis burung hantu, boleh aje kita mengambil kelas di waktu malam bersama pelajar ‘senior’. Ini berlaku bila kita malas bangun pagi dan sebagainya.

Itu saja sedikit cerita tentang perpindahan kredit, hanya untuk memberi input kepada mereka yang tidak pernah belajar di USA. Belajar di Australia, New Zealand dan UK mungkin lain pula ceritanya.