Suatu perancangan yang tidak terlaksana. Itulah dia, Perjumpaan Keluarga Haji Wan Ismail dan Hajjah Che Zainab yang dirancang sejak 2017…
Apakan daya, kita hanya mampu merancang dan Allahlah sebaik-baik Perencana. Banner sudah siap, chaletpun sudah ditempah tapi qadarullah yang menghalang keberjayaan perancangan kami.
Sejak hari itu sehingga ke hari ini, 2 orang ahli keluargaku telah pergi menemuiMu, ya Allah. Seorang abang dan seorang kakak. Kami yang berbaki 5 orang ini bakal menyusul insyaAllah.
Cuma, permintaan kami kepada Mu ya Allah adalah supaya Engkau matikan kami semasa kami di dalam sebaik-baik iman dan amal, ya Allah, ya Rabbal ‘Alamin.
Mudah-mudahan perancangan kami yang terdahulu ini dapat diteruskan apabila covid-19 sudah tiada…
