Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Hari ini sudah masuk bulan Ogos. Bulan Kemerdekaan kita.

Saya rasa elok juga kalau kita kibarkan Jalur Gemilang di rumah-rumah menandakan kebersamaan kita menyambut Hari Kemerdekaan kita.

Kalau tak silap saya, dulu kita mula kibarkan bendera bermula 15 Ogos sehingga 15 September.

Apapun kibarkanlah bila-bilapun janji kita sama-sama menghayati pengorbanan para parajurit kita. Mereka berjuang bermati-matian untuk negara.

Sesetengah orang mungkin berkata buat apa aku meraikan Kemerdekaan bersama Kerajaan Gagal? Kerajaan yang mengurung rakyat tanpa mendatangkan apa-apa faedah… Bilangan mereka yang terkena Covid-19 makin meningkat juga! Bilangan mereka yang meninggal duniapun bertambah ramai! Bilangan mereka yang membunuh diripun ramai! Tidak usah cakaplah mereka yang hilang pekerjaan, hilang pendapatan dan sebagainya…

Ada yang berkata inilah Kerajaan Islae. Semua orang Islae yang mentadbir kecuali beberapa orang Menteri aje yang bukan Islae.

Pada saya, ini tidak ada kaitan dengan kerajaan semasa. Walaupun kita tidak suka atau tidak berpuas hati dengan kerajaan semasa, kita berhak untuk merayakan Hari Kemerdekaan Negara kita yang kita sayangi ini.

Disamping itu, kita juga mengharapkan ada dikalangan mereka yang ingin memperbetulkan keadaan yang ada. Banyak kita dengar keluhan dan luahan rasa rakyat jelata.

Marilah sama-sama kita berdoa agar keadaan negara akan bertambah baik. Bertambah baik dari pelbagai aspeks, kesihatannya, ekonominya, sosialnya, politiknya, alam sekitarnya dan lain-lain lagi.

Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang kita! Sayapun hendak kena cari balik bendera Malaysia yang kita kibarkan pada tahun lepas. Hmm…