Hari ini saya semak Keputusan Peperiksaan Semester II Sesi 2020/2021 untuk pelajar-pelajar SPACE Kursus Pentadbiran dan Pembangunan Tanah (LAD). Mesyuarat markah akan diadakan pada lusa 3/8/2021.
So, kita tengok dan teliti dahulu markah serta status pelajar sebelum mesyuarat supaya tidak ada masalah nanti.
Bila tiba dekat seorang pelajar ni, saya terkejut kerana dia tidak ada dalam senarai TELAH MOHON GRADUAN. Sedangkan dia hanya tinggal satu subjek saja lagi dan saya telah tawarkan subjek tersebut pada semester ini. Dia dapat A- pun.

Saya telefon pelajar tersebut. Dia minta maaf kerana dia terlupa untuk ‘apply’ untuk graduan. Tarikh akhir mohon graduan adalah pada bulan Jun lepas. Allahu Rabbi…
Jadi nasihat saya kepada pelajar-pelajar supaya ‘alert’ dengan peraturan. Apabila kita hendak ‘graduate’ kita kena mohon dan jangan anggap bila dah selesai semua matapelajaran maka kita boleh tersenarai dengan sendirinya ke dalam senarai graduan.
Saya dulupun sama dalam kes pinjaman rumah dengan bank. Saya ingat bila sudah langsai semua hutang maka tiada apa lagi. Rupa-rupanya ada borang kena isi, kena ‘engage’ dengan ‘lawyer’ dan bayar yurannya dan sebagainya barulah ‘officially’ rumah itu milik kita.

Kita seharusnya sentiasa peka dengan peraturan dan kita sentiasa belajar seperti kata hadis, “Talabal ilmi minal mahdi ila lahdi” (Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad). Tak pasti pulak saya samaada hadis ini palsu ke, daif ke atau hanya kata-kata hukamak.
Apapun saya minta tolong kepada semua pelajar-pelajar termasuk anak-anak saya supaya kita rapat atau tahu peraturan yang ada…