Ada beberapa orang juga yang saya ucapkan ‘Happy Birthday’ untuk mereka kebelakangan ni. Cuma saya lupa hendak ‘remind’ mereka untuk ‘check’ lesen memandu yang juga kebiasaannya mati pada hari ‘birthday’ kita.
Cuma yang masalahnya, ada yang berkata kalau hendak memperbaharui driving license kena buat melalui MyEg. Tidak boleh dibuat di kaunter JPJ atau di Pejabat Pos. Kalau melalui MyEg seperti saya memperbaharui road tax, ia melibatkan kos yang perlu dibayar extra.

3 buah road tax kereta saya, saya telah renew secara MyEg dengan niat untuk membantu kerajaan mengumpul duit. Tak apalah bayar lebih sikit, janji kerajaan dapat sedikit sumbangan paksa rela dari saya.
Ada satu road tax sebuah kereta tarikhnya dekat dengan road tax sebuah kereta lain tarikh luputnya, apabila kita bayar kedua-duanya, dia pos kepada kita road tax tersebut bersama-sama. Dengan kata lain dia sudah jimat kos pengeposan.
Pada saya untuk renew road tax dan lesen memandu ini, apa salahnya kita bukakan di JPJ atau di Pejabat Pos seperti biasa. Cuma kita pastikan semua pelanggan mengikut SOP yang ketat. Inikan menjadi hasil negara!

Tidak semua orang boleh berbelanja extra untuk membuatnya melalui MyEg. Sudahlah ramai yang tidak bekerja dan kita inginkan mereka menurut peraturan. Maksudnya supaya lesen memandu dan lesen kenderaan sentiasa hidup tetapi kita menyusahkan mereka!
Kelonggaran yang diberikan kerajaan untuk mereka memperbaharui lambat selama sebulan dua, pada saya ia tidak menguntungkan sesiapa. Apatah lagi kalau berlaku kemalangan kenderaan dan sebagainya. Pemilik kenderaan akan susah kerana memandu tanpa road tax dan lesen memandu sudah luput. Tak pasti pula samaada ia boleh claim insuran atau tidak jikalau berlaku situasi sebegini.

Apalah menyusahkan rakyat… Kalau hendak diperketatkan lagi SOP, kita syaratkan juga HANYA yang sudah mendapat imunisasi vaksin samaada satu atau dua dos saja yang boleh berurusan di kaunter Pejabat Pos atau JPJ.
Dengan berbuat demikian, rakyatpun senang dan kerajaanpun boleh mengutip hasilnya. Kata orang putih, win-win situation!