Mengubat Hati Sendiri…

Apabila kita semakin tua, hati kita semakin sensitif. Kadang-kadang kesensitivitian kita lebih kurang atau sama seperti perangai budak-budak! Hati sangat mudah terasa. Tersalah cakap terasa. Tersalah buat terasa. Tersalah layan terasa dan sebagainya.

Quran Surat Ar-Rum Ayat 54 ۞ ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفًا وَشَيْبَةً ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَآءُ ۖ وَهُوَ ٱلْعَلِيمُ ٱلْقَدِيرُ Arab-Latin: Allāhullażī khalaqakum min ḍa’fin ṡumma ja’ala mim ba’di ḍa’fing quwwatan ṡumma ja’ala mim ba’di quwwatin ḍa’faw wa syaibah, yakhluqu mā yasyā`, wa huwal-‘alīmul-qadīr Terjemah Arti: Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

Referensi: https://tafsirweb.com/7418-quran-surat-ar-rum-ayat-54.html

Pada masa di usia emas ini, kita sudah nampak ramai orang tidak menghormati atau mempedulikan kita lagi. Dulu mereka menghormati kita kerana kita ada pangkat, kita ada gaji yang mahal, kita ada kedudukan yang agak tinggi jika mereka ingin mendapatkan pertolongan dari kita dan sebagainya.

Sekarang kita bagai Quran buruk yang tidak dapat memanfaatkan sesiapa lagi. Hendak dibaca, ia sudah koyak dan lunyai. Hendak diberi kepada orang, ia langsung tidak berguna. Maka pandai-pandailah engkau membawa diri.

Walau apapun, jika kita sebagai anak janganlah kita tidak mempedulikan orang tua kita. Pengorbanan orang tua kita begitu besar dan tidak ternilai harganya.

Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Amru, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda: keredaan Allah terletak pada keredaan bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan bapa.” (Riwayat Al Imam At-Termizi)

UTM Open Day