Dalam menjaga keharmonian dan kesejahteraan organisasi Surau, Pengerusi mencuba sedaya upaya untuk menjalankan tanggungjawabnya. Banyak teguran dan saranan yang diberikan kepada Ahli Jawatankuasa Surau supaya dia tidak akan ditanya oleh Allah SWT di akhirat nanti. Pengerusi juga mencuba yang terbaik untuk menurut suruhan nabi Muhammad ﷺ.
Antara saranan-saranan yang diberikan oleh Pengerusi Surau kepada AJKnya;

Ada beberapa perkara yang saya ingin nyatakan di sini.
- Pertama, mengenai bayaran balik tuntutan atau claim, kita cuba selesaikan dalam masa 3 hari. Dalam Islam kita disarankan untuk membayar upah sebelum peluh kering. Tetapi syarat-syarat Tuan Bendahari perlu dipenuhi seperti menyertakan resit dan sebagainya.
- Kedua, elok diwar-warkan program-program kita dalam WhatsApp group Info Komuniti Surau P11, info TV dan juga FB Surau. Kalau tidak, tak ada orang akan melawati FB kita.
- Ketiga, perlu update laporan kewangan kita di info TV, paparan yang terkini ialah bulan Mei.
- Keempat, selain Imam, bilal, noja bertugas, AJK lain elok mengerjakan solat jumaat HANYA sekali dalam masa 3 minggu kerana kita hendak berikan peluang kepada ramai lagi ahli kariah yang belum solat jumaat. Boleh aje 10 untuk kuota AJK dan 10 lagi untuk ahli kariah. Tetapi alangkah bersikap ihsannya kita jika kita hanya mengambil tempat 5 orang SAHAJA manakala 15 orang LAGI diberikan kepada ahli kariah.
- Kelima, remind kepada nama-nama yang kita hantar untuk divaksin tempohari supaya sentiasa check MySejahtera takut-takut terlepas tarikh yang diberikan.
Sekian dulu. Jazakumullahu khairan kathira.

Kita melaksanakan tugas di Surau tanpa ada apa-apa kepentingan, insyaAllah hanya mengharapkan redhaNya sahaja.
Jika mereka mendengar saranan kita, insyaAllah hati kita seronok dan tenang tetapi seandainya mereka tidak menerima saranan kitapun hati kita tetap tenang dan menerima ketidakakuran itu seadanya…