Semalam beli lagi 3 guni or rather 3 bags of durian. Yang kampung punya.

Dah sebulan rasanya mereka datang ke Bandar Dato Onn menjual durian. Mereka datang dalam pukul 1pm dan pulang menjelang maghrib. Mereka datang dengan 3-4 buah pick-up truck. Ya lah, sebuah kenderaan hanya boleh muat 2 orang penumpang saja. Saya pernah bertanya kepada salah seorang dari mereka, boleh ya melepasi daerah? Dia menjawab, ya, kami ada surat!
Yang kampung dia jual RM70 seguni, ada dalam 10-11 biji. Sebenarnya dia dah timbang, lebih kurang 10kg lebih seguni.
Yang kahwin, D24, Udang Merah dan apatah lagi mak datuk, dia jual dengan harga RM100 hingga RM120 seguni.
Tanya dia semalam, lama lagi ke musim ni? Dia kata dah hujung-hujung ni.
Kalau tak silap aku, dia bawa durian ni dari Batu Pahat. Everyday ada dekat penjuru Simpang 4 traffic light Bandar Dato Onn.
Perbelanjaan beli durian tahun ni… aku rasa dah banyak ribu. Semalam saya RM180. Kira-kira aku mula beli masa harga durian kampung masih RM15 sekilo lagi. Kemudian turun RM12 sekilo, turun lagi RM10 sekilo. Yang paling murah yang aku pernah dapat RM4 sekilo dekat Flat Bukit Mutiara. Di Kempas Indah dapat juga RM5 sekilo.
Biasalah makan untuk 11 orang… Biar kurang bagus sikit tetapi banyak. Begitulah ajaran orang tua kita di kampung dulu.
Nak beli yang bagus mahal, nanti hanya dapat seulas dua seorang. Beli yang murah, janji dapat makan banyak ulas. Biar puas menjilat biji durian walaupun isi tak seberapa…
