Sepupu di Palekbang menemui Penciptanya hari ini. Inna Lillahi Wainna Ilaihiraa Ji’un. Allahummagh Firlahu Warhamhu Wa’afihi Wa’fuanhu.
Abang Zin Kak Lah, katanya terjatuh dalam bilik air 2 hari lepas dan pendarahan di kepala.
Kak Lah pernah menjadi baby sitter Kak Long (Wan Khairunnisa) suatu ketika masa kecil dulu. Mudah-mudahan anak-anak arwah yang ramai (11 orang kalau tak silap) akan mendoakan kesejahteraan ayah mereka di sana.

Begitulah kehidupan kita. Kita pernah menjadi kanak-kanak kemudian meningkat dewasa, menjadi tua dan meninggalkan dunia yang fana ini. Kehidupan yang silih berganti!
Apa persiapan kita untuk hidup di akhirat yang kekal abadi? Amalan kita adakah bertambah dari hari demi hari? Taqarrub kita kepada Allah SWT adakah semakin dekat atau semakin jauh?
Itulah persoalan yang aku tanya pada diri ini? Kalau ia relevan, boleh juga tuan/puan bertanya kepada diri tuan-tuan dan puan-puan sama.

Diri ini perlu dibuat muhasabah sentiasa. Kita takut apabila dipanggil Allah SWT tetapi kita masih bergelumang dengan dosa-dosa besar. Masih ingin mengejar cita-cita dunia yang tidak seberapa. Dahlah pahala tidak seberapa, dosa pula menggunung tinggi. Na’uzubillahu Min Zaalik!
Ya Allah, Engkau jadikan hati ini hati yang sentiasa mengingatiMu walau dimana saja aku berada. Jauhkan hati ini dari merasai keseronokan dunia sehingga melalaikan kehidupan akhirat, ya Allah. Engkau rahmatilah diri ini dan Engkau tunjukilah jalan yang benar supaya aku tergolong dalam golongan ahli syurgaMu.
Aamiin aamiin aamiin ya Rabbal ‘Alamin.