Apabila kita berjaya dalam sesuatu perkara maka hati kita merasa cukup gembira. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apatah lagi jika ia melibatkan pangkat, kedudukan dan kewangan. Kata sesetengah orang, kita tersenyum sampai ke telinga! Ia menunjukkan betapa gembiranya kita.
Kadang-kadang kejayaan itu datang bertimpa-timpa, lepas satu, satu. Maka tersenyum lebar kita, umpama kata P. Ramli, ‘Dunia ini ana yang punya.’ Kita merasa cukup bertuah dan tiada orang yang lebih bertuah dari kita… MasyaAllah! Tabarakallah!

Kita juga selalu dengar pesan ustaz bahawa kejayaan itu boleh jadi suatu anugerah Allah SWT kepada hambaNya yang selalu berdoa serta bersyukur diatas nikmat yang diberikan. Boleh jadi juga ia merupakan suatu ujian kepada kita untuk melihat tahap kesyukuran kita kepadaNya.
Selalunya kita melihat musibah sahaja sebagai ujian untuk kita dan jarang sekali kita melihat kejayaan sebagai ujian kepada kita. Tetapi itulah hakikatnya. It can come in both ways! Just to test us. Adakah kita hamba yang bersyukur atau sebaliknya.

Ujian dengan musibah kata orang senang nampak tetapi ujian dengan kejayaan tidak berapa nampak. Ia samar-samar.
Apa-apapun, ia mengajar kita supaya jangan terlampau gembira bila beroleh kejayaan dan jangan terlampau sedih apabila beroleh kemudaratan. Bergembira dengan berpada-pada, juga melihat orang di sekeliling kita. Cuba bantu mana yang susah.

Kadang-kadang kita pernah mendengar seseorang itu berkata bahawa dia tidak pernah sakit! Adakah ia suatu kejayaan atau suatu ujian?
Ada juga sesetengah orang tidak pernah merasa susah kerana dia dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Saya dulu agak jealous dengan adik kepada kakak ipar saya.
Dia nampak boleh memiliki apa saya, makanan yang mahal, pakaian yang mahal dan sebagainya. Apatah lagi dia merupakan anak bongsu.

Gula-gula yang dimakannya, ais krim yang dijilatnya. Semua berjenama hebat! Kita yang miskin ini merasa serba kekurangan.
Yang teramat penting kepada kita sebagai hambaNya adalah jangan kita lupa Allah SWT, baik dikala senang mahupun dikala susah. Ini semua milikNya. Dia boleh memberi kenikmatan kepada sesiapa yang Dia suka dan begitu juga Dia boleh memberi kemudaratan kepada sesiapa yang Dia suka.
Laa Haula Wala Quwwatailla Billahil Alim yil Azim…