Aku pergi bergunting rambut semalam. Sebelum aku pergi, aku telefon dulu, takut-takut belum buka. Hj tukang gunting menyatakan bahawa kedainya sudah dibuka, cuma kena ‘queue’.
Lebih kurang pukul 10.30am aku ke kedai gunting. Ada 2 orang sedang menunggu di luar dan seorang sedang bergunting di dalam.
Cara operasinya ialah dia benarkan seorang SAHAJA berada dalam premis, yang lain tunggu di luar. Apabila yang hendak diguntingnya masuk ke premis maka dia akan menguncikan pintu.

Sebelum ni, 2 orang dibenarkan menunggu di dalam kedai. Suatu ‘improvement’ yang baik tetapi sepatutnya notis yang membenarkan 2 orang menunggu di dalam premis perlu dicabut.
Cuma yang aku agak terkilan semalam ialah si polan sebelum aku yang menggunting rambut tu. Bila dia selesai digunting, dia membawa masuk mesin ‘sanitize‘ ke dalam kedai dan memasang semburan ubat tersebut.
Kita bagai berada dalam ‘smoke zone’, hanya nampak samar-samar cermin di depan. Bilik yang sempit sekejap aje dipenuhi asap atau wap.

Aku hendak komplainpun…, tuan kedai yang izinkan! Aku bertanya juga kepada tukang gunting, nampak ke kepala aku yang hendak diguntingnya? Dia kata nampak, nampak.
Pada aku, ia merupakan suatu niat yang baik tetapi tidak kena pada masanya. Pastikan apabila kita ingin melakukan sesuatu yang ikhlas dan baik, lakukan di masa yang sesuai.
Kalaulah, ubat semburan itu bagus maka lakukan/pasangkan semasa engkau digunting. Jangan pasang masa engkau dah nak keluar. Mungkin kita fikir bahawa kita ‘do something good for the owner of the shop or perhaps for the customers’ tapi sebenarnya ia ‘irritating’ orang lain.

Saya juga sempat bertanya kepada Hj tukang gunting, berapa lama dia bercuti? Dia kata 2 bulan 16 hari, yakni sejak 1 Jun hari tu.
“Bukitpun botak juga kalau ditarah hari-hari”, sambungnya lagi.