Pada 15hb Ogos, aku mendapat mesej menyatakan aku ada ‘parcel’ untuk dipungut di KRP, UTM.
‘Parcel’ itu akan tersimpan di ‘Post Centre’ itu sehingga 17hb Ogos. Mesej tertera di ‘handphone’ku. Bermacam-macam wacana bermain di lingkaran fikiran. Barang apa? Dari Siapa? Kenapa di KRP?
Pada 16hb iaitu semalam, seawal pukul 8.30 pagi aku ke pejabat Kolej Rahman Putra (KRP) untuk ‘claim parcel’ tersebut. Kata staf, ini adalah pejabat Kolej dan untuk ‘parcel’ ni ada pejabat di luar sana tapi pukul 10 baru buka.

Sudah agak berbeza sekarang sejak aku meninggalkan Kolej-kolej UTM pada tahun 2007 dulu… Dulu apa-apa surat atau barang, dipungut di pejabat Kolej aje.
Pukul 10am aku sampai semula ke KRP. Nampak ada 2 mesin besar yang duduk sebelah menyebelah. Mesin 01 dan Mesin 02. Terkial-kial aku cuba mencari seseorang untuk bertanya. Akhirnya berjumpa seseorang di kaunter di dalam sana. (Bukan dalam mesin ya).
“Dik macamana pakcik nak pungut ‘parcel’ ini, ya?”, tanya aku. “Oh, pakcik pergi dekat mesin sana. Pakcik punya Mesin 01. Tekan nombor pesanan dan nombor ‘password’, lepas itu pintu akan terbuka”, balas adik tadi. Selepas mengucapkan terima kasih, aku melangkah ke Mesin 01.

Selepas membaca ‘instruction’ yang diberi aku memasukkan nombor pesanan dan nombor ‘password’ yang telah dihantar ke telefon kita. Tiba-tiba pintu nombor 3 terbuka. Akupun mengambil barang yang ada di pintu nombor 3.
Banyak puluh juga pintu-pintu yang ada di mesin tersebut. Suatu pengalaman baru bagi aku.
Sebenarnya, KA, pelajar Sarjanaku mengirimkan al-Quran ke alamat Fakulti tetapi Pos Laju tidak mengetahui bahawa Pejabat Fakulti memang ada orang yang bertugas maka dihantarnya ke Center Pos Laju di KRP.

Apapun, there’s always something new yang kita pelajari. Never Stop Learning! Terima kasih kepada Pos Laju kerana memberi pengalaman baru dan terima kasih kepada KA diatas hadiah Kalamullah yang cukup berharga itu.
Jazakallahu khairan kathira!