Ucapan Majlis Persaraan (29 Ogos 2021)

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Buah Pauh Buah Bidara

Masak Sebiji Di Atas Peti

Assalamualaikum Pembuka Bicara

Semoga Program Kita Diberkati

Yang Dihormati Tuan Pengacara

Yang Dikasihi Tuan Dekan

Lambaian Kasih Nama Dibicara

Untuk Meraikan Persaraan Rakan

Dulu-dulu Kita Bekerja

Sekarang Kita Sudah Bersara

Pengalaman Pahit Manis Dilalui Saja

Sebagai Nostalgia Kehidupan Sementara

Masam Manis Semua Ada

Tidak Ternilai Jasa Mereka

Dihari Ini Kita Di Persada

Untuk Meraikan Buat Seketika

Mereka Berkhidmat Dahulu Kala

Menabur Jasa Pada Universiti

Semoga Ia Menjadi Pahala

Buat Bekal Sesudah Mati

Mereka Berbakti Kepada Negara

Hanya Sekali Sekali Ambil Cuti

Didoakan Mereka Sihat Sejahtera

Hidup Beramal Terus Berbakti

Terima Kasih Para Ahli Jawatan Kuasa

Kerana Merancang Program Ini

Ucapan Syukur Kepada Yang Maha Esa

Menjadikan Ia Terlaksana Kini

Susun Jari Memohon Ampun

Sebagai Adat Sebelum Pergi

Di Majlis Persaraan Hujung Tahun

InsyaAllah Kita Jumpa Lagi

Terima Kasih Ucapan Diberi

Kepada Semua Tetamu Jemputan

Mohon Saya Undurkan Diri

Masa Diberi Sekadar Kata Aluan

Assalamualaikum Salam Penghujung

Mengakhiri Seri Kata Bicara

AKRAB Mohon Selalulah Berhubung

Ikatan Silaturahim Sentiasa Terpelihara

Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamu Alaikum Warah Matullahi Wabarakatuh!