Gambar Yang Cantik Di UK

Gambar kenangan bersama sepupu, arwah Ust Nawawi yang datang ke Sheffield pada awal tahun 1990an. Mungkin boleh disimpan oleh anak-anak arwah; Buhairi, Norhafilah, Salwa, Rabiah, Aishah dan lain-lain. Bolehlah ditunjukkan dan diceritakan kepada anak dan cucu nanti.

Gambar Kak Long dan Kak Ngah juga ada bersama. Kak Long rasanya berumur 3 tahun manakala Kak Ngah berumur setahun. Gambar 27 tahun yang lalu.

Yang menariknya ialah suasana sekeliling yang begitu cantik dan menarik, ibarat kata ia saujana mata memandang.