Outdoor Camp (ODC) Di Yorkshire Dale

Terjumpa gambar lama semasa ODC Majlis Syura Muslimin (MSM) mungkin sekitar tahun 1993 atau 1994 di Yorkshire Dale.

Disamping mengikuti perjalanan program Summer Outdoor Camp, aku sempat menjadi penyembelih biri-biri untuk makanan kami sepanjang program berjalan.

Aku menyembelih kambing biri-biri ini sejak tahun 1985 lagi semasa di Rohnert Park, California. Di Rohnert Park inilah banyak yang aku timba pengalaman melakukan odd jobs; bekerja di kilang menyiang ikan trouts, salmon, sturgeon, menghantar pizza, menjaga bowling alley dan sebagainya.

Dalam gambar ini mungkin nampak Prof Dr Abdull Rahim, Dato Dr Norbik, Dr. Ust. Nik Rahim, Dr. Ust Akram Laldin dan lain-lain.

Bila kita mengimbau kenangan lama, ia begitu menggembirakan hati dan perasaan kerana kita masih muda dan penuh bertenaga.

Apapun ia hanya tinggal dalam kenangan dan berada dalam lipatan sejarah kita…