Banyak kali apabila kita membuat perhitungan, kita jarang berpegang kepada prinsip. Kadang-kadang unsur-unsur sampingan menjadi teras manakala unsur-unsur teras bertukar menjadi sampingan. Kata orang Aulawiyatnya sudah menjadi tunggang langgang atau tunggang terbalik.
Apabila kita ingin memilih pemimpin, sepatutnya kita tengok kewibaannya, ketokohannya, sejarah pentadbirannya, keadilannya, kepandaiannya, kecerdasan akalnya, pertimbangan rasionalnya, keterlibatannya dengan rasuah dan bermacam-macam lagi. Tetapi sebaliknya kita melihat kepada latar belakang keluarganya, asal-usulnya, keturunannya dan pelbagai lagi yang secondary. Sepatutnya yang primary perlu didahulukan berbanding dengan yang secondary.

Oh, dia orang kampung aku, aku wajib menyokongnya! Oh, dia kawan bapa aku, aku wajar memartabatkannya!
Sama juga apabila seseorang pemimpin itu membuat kesalahan. Kita lihat dulu agama dan keturunannya. Kalau berketurunan Melayu dan Islam, tak apa. Biarkanlah, dia orang kita. Tetapi kalau bangsa dan agama lain yang membuat onar, sumpah seranah tak berhenti-henti ditaburkan kepada mereka. Dasar pendatang! Tidak mengenang budi!
Inikah yang diajar oleh agama kita? Atau setidak-tidaknya yang diajar oleh buku sivik kita?
Kita semua pendatang ke dunia yang fana ini. Hanya buat sementara! Sementara menunggu hari penghijrahan ke alam yang kekal abadi.

Kita semua berasal dari Adam dan Hawa! Dilepaskan ke bumi ini untuk saling kenal mengenal diantara satu sama lain. Tidak lebihnya Melayu ke atas Cina, tidak lebihnya Arab ke atas Melayu, dan tidak lebihnya Mat Salleh ke atas Arab. Yang paling baik di sisi Allah SWT dikalangan kamu ialah yang paling bertakwa kepadaNya.
Kita perlu mendakwa mereka yang bersalah yang tidak sealiran dengan kita sahaja. Dan membiarkan mereka yang sebangsa dan seagama dengan kita.
It’s totally wrong. Jauh dari ajaran agama kita.
Kalau pemimpin itu berasal dari kampung atau negeri kita maka kita menyokongnya melambung tinggi. Of course he must be a muslim.
Akupun tak faham dengan neraca yang digunakan untuk menilai baik buruk seseorang.
Pertimbangan sebenarnya sudah diajar dalam Islam tetapi kita mempunyai kriteria sendiri. Kalau tidak masakan pemimpin yang bercirikan kriteria yang sama diketengahkan. Buang yang ini tetapi naikkan yang lebih kurang sama juga.
Yang paling aku tidak boleh terima ialah apabila kita mengatakan bahawa tidak mengapa pemimpin Islam yang korup, at least dia Islam. Sebenarnya inilah konotasi yang tidak baik kepada mereka yang belum Islam. Pemimpin Islam yang korup inilah yang menjauhkan penganut agama lain untuk bersama Islam. Kenapa aku perlu bersama Islam yang hanya baik pada kata-kata tetapi tidak baik kepada akhlak dan kelakuannya?
