Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raaji’un.
Allahumagh Firlahu Warhamhu Wa’afihi Wa’fuanhu.
Semalam saya mendapat mesej dari Prof Ismail Omar sekitar jam 12 tengahari.
“Saya mendapat perkhabaran daripada keluarga Dr Fahmey bahawa beliau baharu sahaja kembali ke rahmatullah pada jam 0523 pagi tadi (20.08.2021) di IKN. Arwah akan dibawa balik ke Perak untuk disemadikan di sana. Sama-sama kita doakan dan kirim al-Fatihah untuk arwah. Ampunkan salah silap dan halalkan apa jua.”
Dr Fahmey dulu bersama saya melalui pahit getir membuat PhD dengan Prof Ismail Omar. Beliau telah menyiapkan pengajiannya lebih awal dari saya. Tambahan pula beliau juga memulakannya lebih awal dari saya.
Didoakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan mendapat redha Allah SWT. Aamiin aamiin ya Rabbal ‘Alamiin.
Kita semua akan mengikuti jejak Fahmey jua sooner or later. Cuma permintaan kita ya Allah, Engkau ambillah kami di kala kami didalam sebaik-baik iman dan amal insyaAllah.
